Here You Can Find A Job

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN -TARIKH TUTUP 15 APRIL 2015

Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian/Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 bagi bidang berikut:

a) Lukisan Senibina; 
b) Landskap dan Nurseri; 
c) Penyejukan dan Penyamanan Udara; dan 
d) Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian). 

Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak. Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2015. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7408/7413. Skim dan syarat lantikan boleh dirujuk di www.spp.gov.my. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

0 Comments For "JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN -TARIKH TUTUP 15 APRIL 2015"

Back To Top